IMAN DAN TAKWA
Di dalam al-quran kita akan berjumpa dengan beberapa surat yang di mulai dengan huruf-huruf seperti ini:-
Alif-Lam Mim Alif-Lam-mim-shad Alif-Lam Mim-Ra Kaf-ha-ya-ain-shad
Ha-mim Ain-sin-qaf Tha-ha Tha-sin-mim
Tha-sin Ya-sin Shad Qaf Nun
Baik penafsir
lama, ataupun penafsir zaman-zaman akhir membicarakan tentang
huruf-huruf ini menurut cara mereka sendiri-sendiri, tetapi kalau
disimpulkan terdapatlah dua golongan. Pertama ialah golongan yang
memberikan arti sendiri daripada huruf-huruf itu. Yang banyak memberi
arti ialah penafsir sahabat yang terkenal, Abdullah b Abas. Sebagai
Alif-Lam-mim ini satu tafsir dari Ibnu Abbas menerangkan bahawa ketiga
huruf itu adalah isyarat kepada tiga nama: Alif untuk nama Allah, Lam
untuk Jibrail dan Mim untuk Nabi Muhammad saw. Dan tafsir Ibnu Abbas
juga yang mengatakan arti Alif-Lam-Ra ialah Alif berarti Ana iaitu aku,
Lam berarti Allah dan Ra berarti Ara menjadi (Anal-Lahu-Ara): Aku adalah
Allah, Aku melihat. Demikianlah setiap huruf-huruf itu ada tafsirnya
belaka menurut riwayat yang dibawakan orang daripada Ibnu Abbas.
Meurut Riwayat dari al-Baihaqi dan Ibnu
Jarir yang diterima dari sahabat Abdullah bin Masud, bahawa beliu inipun
pernah menyatakan bahawa huruf-huruf Alif-Lam-Mim itu adalah diambil
dari nama Allah, malahan dikatakannya bahawa itu adalah dari Ismullahi
al-Azham, nama Tuhan Yang Maha Agung. Rabi’ bin Anas (sahabat Rasulullah
) mengatakan bahawa Alif-Lam-Mim itu adalah tiga kunci: Alif kunci dari
namanya Allah, Lam kunci dari namanya, Lathif, Mim kunci dari namanya
Majid. Lantaran itu maka tafsir semacam inipun pernah dipakai oleh
Tabi’in iaitu Ikrimah, as-Syabi, as-Suddi, Qa-tadah, Mujahid dan
Al-hasan al-Bishri.
Tetapi pendapat yang kedua berkaa bahawa
huruf-huruf di pangkal Surat itu adalah rahasia Allah, termasuk ayat
mutasyabih yang kita baca dan kita percaya, tetapi Tuhan yang lebih tahu
akan artinya. Dan kita baa tiap-tiap huruf itu menurut bunyi ucapannya
dalam lidah orang Arab serta dipanjangkan.
Riwayat kata ini diterima dari Saiyidina
Abu Bakar as-Shiddiq sendiri, demikian juga dari Ali bin Abi Talib. Dan
menurut riwayat dari Abul-Laits as- Samarqandi, bahawa menurut Umar b
Khathab dan Usam bin Affan dan Abdullah b Masud, semuanya berkata: Huruf
potongan itu tertutup buat ditafsirkan. Dan Abu hatim berkata: Di dalam
al-quran kita tidak mendapat huruf-huruf, melainkan dipangkal beberapa
surat, dan tidaklah kita tahu apa yang dikehendaki Allah dengan dia.
Sungguhpun demikian, masih juga ada
ahli-ahli tafsir yang tertarik membuat pengertian sendiri tentang
rahsia-rahsia huruf-huruf itu. Abdullah b Masud, dari kalangan sahabat
Rasulullah saw di satu riwayat, berpendapat bahawa beliu sefaham dengan
Umar bin Khathab dan Usman bin Affan tadi, ia itu menyatakan tak usah
huruf-huruf itu dirtikan. Tetapi diriwayat yang lain, pernah belaiu
menyatakan bahawa ALIF-LAM-MIM adalah mengandungi ismul-lahi al-A’zham
(Nama Allah yang agung). As Syabi , Tabiin yang terkenal, di satu
riwayat tersebut bahawa beliau berkata huruf-huruf itu adalah rahsia
Allah belaka. Tetapi di lain riwayat terdapat bahawa belaiu pernah
memberi arti Alif-Lam-Mim itu dengan Allahu, Lathifun, Majidun, (Allah,
Maha,Halus, Maha, Utama)
Ada pula segologan ahli tafsir menyatakan
bahawasanya huruf-huruf di awal surat itu adalah sebagai pemberitahuan,
atau sebagai panggilan untuk menarik perhatian tentang ayat-ayat yang
akan turun mengiringinya.
Riwayat yang terbanyak memberinya arti
ialah daripada Ibnu Abbas. Adapun perkataan yang shahih daripada Nabi
saw sendiri tentang arti huruf-huruf itu tidaklah ada. Kalau ada tentu
orang sebagai Abu Bakar As-Shiddiq, Umar b Khathab, Usman b Affan dan
Ali Ali b Abi Talib tidak akan mengeluarkan pendapat bahawa huruf-huruf
itu tidak dapat diertikan, sebagai kita sebutkan di atas.
Nyatalah bahawa huruf-huruf itu bukan
kalimat bahasa, yang bisa diartikan. Kalau dia suatu kalimat yang
mengandungi arti, niscaya tidak akan ragu-ragu lagi seluruh bangsa arab
akan artinya. Oleh sebab itu maka lebih baiklah kita terima saja
huruf-huruf itu menurut keadaannya. dan jika kita salinkan arti-arti
atau tafsir yang dikemukakan oleh Ibnu Abbas atau yang lain-lain,
hanyalah semata-mata menyalin riwayat saja, dan kalau kita tidak campur
tangan tidaklah mengapa. Sebab akan mendalami isi al-quran tidaklah
bergantung daripada mencari-cari arti dari huruf-huruf itu. Apa lagi
kalau sudah dibawa pula kepada arti rahsia-rahsia huruf, angka-angka dan
tahun, yang dijadikan semacam ilmu tenung yang dinamakan simiaa’,
sehingga telah membawa al-quran terlampau jauh daripada pangkalan asli.
1:2 -Inilah Kitab itu, tidak ada sebarang keraguan padanya, satu petunjuk bagi oarng-orang yang hendak bertakwa.
Inilah dia kitab allah itu, Inilahdia
al-quran, yang mestipun seketika ayat ini diturunkan belum merupakan
sebuah naskah atau mushhaf berupa buku, namun setiap ayat dan surat yang
turun sudah mulai beredar dan sudah mulai ada yang patut diragukan. Dia
benar-benar wahyu dari Tuhan, dibawa oleh Jibaril, bukan
dikarang-karangkan saja oleh Rasul yang tidak pandai menulis dan membaca
itu. Dia menjadi petunjuk untuk orang yang ingin bertakwa atau
Muttaqin.
Kita baru saja selesai membaca Surat
al-fatihah. di sana kita telah memohon kepada tuhan agar ditunjuki jalan
yang lurus, jalan orang yang diberi nikmat, jangan jalan orang yang
dimurkai atau orang yang sesat. Baru saja menarik nafas selesai membaca
surat itu, kita langsung kepada surat al-baqarah dan kita langsung
kepada ayat ini. Permohonan kita di surat al-fatihah sekarang
diperkenenkan. Kamu bisa mendapat jalan yang lurus, yang diberi nikmat,
bukan yang dimurkai dan tidak yang sesat, asal saja kamu suka memakai
pedoman kitab ini. Tidak syak lagi, dia adalah petujuk bagi orang yang
suka bertakwa.
Apa arti TAKWA? Kalimat takwa diambil
dari rumpun kata wiqayah artinya memelihara. memelihara hubungan yang
baik dengan tuhan. memelihara diri jangan sampai terpesorok kepada
suatu perbuatan yang tidak diridhaikan oleh tuhan. Memeliharan segala
perintahnya supaya dapat dijalalkan. Memelihara kaki jangan terpesorok
ke tempat yang lumpur atau berduri. Sebab pernah ditanyakan orang kepada
Rasulullah saw, Abu Hurairah ra, apa erti takwa? Beliau berkata:
Pernahkah engaku bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakan
mu waktu itu? Orang itu menjawab:- Apabila aku melihat duri, aku
mengelak ke tempat yang tidak ada duri atau aku melangkahi atau aku
mundur. Abu Hurairah menjawab:- Itulah dia takwa! (riwayat Dari Ibnu
Abid Dunya).
Takwa adalah adalah perlaksanaan dari
iman dan amal shalih. Mestipun di satu-satu waktu ada juga diartikan
dengan takut, tetapi terjadi yang demikian ialah pada susunan ayat yang
cenderung kepada arti yang terbatas itu saja. Padahal arti takwa lebih
mengumpul akan banyak hal. bahkan dalam takwa terdapat juga berani!
Memelihara hubungan dengan tuhan, bukan saja kerana takut, tetapi lebih
lagi kerana ada kesadaran diri, sebagai hamba.
Lalu diterangkan sifat atau tanda-tanda
dari orang yang bertakwa itu, yang kita dapat menilik diri kita sendiri
supaya memeunhinya dengan sifat-sifat itu:-
1:3 Mereka yang percaya kepada yang
ghaib, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan dari apa yang kami
anugerahkan kepada mereka, mereka dermakan.
Percaya kepada yang ghaib. Yang ghaib
ialah yang tidak dapat disaksikan oleh pancaindera; tidak nampak oleh
mata, tidak terdengar oleh telinga, iaitu dua pancaindera yang utama
dari kelima pancaindera kita. Tetapi dia dapat dirasa adanya oleh akal.
Maka yang pertama sekali ialah percaya akan adanya hari kemudian, iaitu
kehidupan kekal yang sesudah dibangkit dari maut.
Iman bererti percaya, iaitu iaitu
pengakuan hati yang terbukti dengan perbuatan yang diucapkan oleh lidah
menjadi keyakinan hidup. Maka iman akan yang ghaib itulah tanda pertama
atau syarat pertama dari takwa tadi.
Tersebut di dalam hadis sebuah hadis yang
dirawikan oleh Imam Ahmad, ad-darimi, al-Baqawardi dan Ibnu Qani di
dalam Majma’ush Shahabah dan ikut juga merawikan oleh Imam Bukhari di
dalam Tarikhnya dan At Thabarani dan al-Hakim, mereka meriwayatkan
daripada Abi Jumah al-Anshari:-
Berkata dia (Abu Jumah al-Anshari):; Aku
bertanya: ya Rasullulah saw:- Adakah suatu kaum yang lebih besar
pahalanya daripada kami, padahal kami beriman kepada engkau dan kami
mengikut akan engaku? Berkatalah beliau: Apalah akan halangannya bagi
kamu (buat beriman kepada ku), sedang Rasulullah saw ada dihadapan kamu,
dan datang kepada kamu wahyu(langsung) dari langit. Tetapi akan ada
lagi suatu kaum yang akan datang sesudah kamu, datang kepada mereka
kitab Allah yang ditulis diantara dua luh, maka merekapun beriman
kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itu
adalah lebih besar pahalaanya daripada kamu.
Dan dikeluar pula oleh At-Thayalisi, Imam
Ahmad dan Bukhari di dalam Tarikhnya, At Thabarani dan al-Hakim, mereka
riwayatkan daripada Abu Umamah al_Baihili.
Berkata dia (Abu Umamah) berkata
Rasulullah saw. Bahagilah bagi siapa yang melihat aku dan beriman
kepadaku dan berbahagialah bagi siapa yang beriman , padahal dia tidak
melihat aku.
Hadis ini dikuatkan lagi oleh yang dirawikan Imam Ahmad. Ibnu Hibban dari Abu Said al-Khudri:-
Bahawasanya seorang laki-laki berkata
Rasulullah saw. Bahagia bagi siapa yang melihat engkau dan beriman
kepada engkau. Beliau pun menjawab: bahagialah bagi siapa yang beriman
kepadaku; dan berbahgialah bagi siapa yang beriman kepdaku, padahal dia
tidak melihat aku.
Kita tidak melihat wajah belaiu. Bagi
kita beliau adalah ghaib. Kita hanya mendengar berita dan sejarah atau
bekas-bekas tempat beliau hidup di Makkah, namun bagi setengah orang
yang beriman, demikian cintanya kepada Raulullah saw, sehingga dia
merasa seakan-akan Rasulullah saw itu tetap hidup, bahkan kadang-kadang
titik airmatanya kerana terkenang akan Rasulullah saw dan ingin hendak
menjadi ummatnya yang baik dan patuh, ingin mengerjakan sunnahnya dan
memberikan segenap hidup untuk melanjutkan agamanya. Maka orang
beginipun termasuk orang yang mendalam keimanannya kepada yang ghaib.
Maka keimanan yang ghaib pun turut dengan sendirinya dengan mengerjakan sembahyang.
Maka keimanan yang ghaib pun turut dengan sendirinya dengan mengerjakan sembahyang.